Assalamualaikum wbt

Assalamualaikum wbt

Thursday 16 April 2015

MAJLIS PELANCARAN EKSA 5S PEJABAT DAERAH KULIM

Assalamualaikum wbt
Pada 9hb APRIL 2015 lalu, telah diadakan majlis pelancaran EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim di ruang menunggu, Pejabat Daerah Kulim. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato' Hjh Sepiah bt Isa, Pegawai Daerah Kulim yang juga selaku penasihat kepada Jawatankuasa Induk EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh En Mohd. Faisal Rizal bin Hj Mohammad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim
Majlis berkenaan dimulakan dengan aluan daripada pengacara majlis, En Zulhissham Yaakob, Penghulu Mukim Junjong, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Azamuddin bin Ahmad, Penghulu Mukim Karangan. Acara kemuncak ialah, pemotongan riben oleh Yg. Berbahagia Dato' Hjh Sepiah bt Isa bersama dengan En. Mohd Faisal Rizal dan disaksikan oleh semua kakitangan Pejabat Daerah Kulim.
Serentak dengan itu juga, aktiviti gotong royong perdana 1 telah diadakan untuk menyisih barang-barang yang tidak diperlukan di ketiga-tiga zon EKSA 5S.













Thursday 9 April 2015

SEKITAR GOTONG ROYONG PERDANA SIRI 1

Dengan bermulanya program gotong royong perdana siri 1 pada hari ini, maka bermulalah proses 5S yang pertama iaitu SEIRI-SISIH di ketiga-tiga zon.

ZON PEMBANGUNAN


























TAHNIAH DAH SYABAS



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Kulim di atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan

Tuesday 7 April 2015

MAJLIS PELANCARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA/5S) PDK



GOTONG ROYONG PERDANA 5S

Kepada semua kakitangan PDK, jangan lupa hari KHAMIS,9 APRIL 2015 jam 8.00 pagi...bersama-sama kita memberikan komitmen serta menyokong program EKSA/5S kita...

JAWATANKUASA BAHAGIAN TEKNIKAL


JAWATANKUASA BAHAGIAN PEMBANGUNAN



JAWATANKUASA BAHAGIAN PENTADBIRAN




JAWATANKUASA INDUK 5S PEJABAT DAERAH KULIM

LOGO EKSA 5S PEJABAT DAERAH KULIM

Kursus Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PDK

Assalamualaikum wbt..

Pada 18-19 Mac 2015 yang lalu, Unit Latihan Pejabat Daerah Kulim dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan satu kursus pengenalan kepada EKSA. Kursus ini telah diadakan di bilik gerakan Pejabat Daerah Kulim dan telah dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Daerah Kulim. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Norshuhaidy bin Shabudin, salah seorang CHAMPION EKSA daripada INTURA, Sungai Petani.

Kursus ini berkisar kepada pengenalan dan perlaksanaan EKSA, tatacara pengauditan, etika auditor serta kriteria audit. Dengan adanya kursus yang sedemikian, mudah-mudahan perlaksanaan EKSA/5S Pejabat Daerah Kulim akan dapat dihayati oleh semua kakitangan Pejabat Daerah Kulim.

Buku program

Salam aluan daripada pengacara majlis...siap berpantun-pantun lagi

Inilah pengacara kami-Pn Watawa bt Khamis
Bersemangat semuanya

Antara kakitangan PDK yang turut hadir


hmmm...

Bakal CHAMPION nih...
p/s-ada banyak lagi gambaq, nanti kita upload lagi..

5S

Apa pula yang dimaksudkan dengan 5S?

5S adalah satu akronim yang lahir daripada lima perkataan JEPUN iaitu :-

a) SEIRI
b) SEITON
c) SEISO
d) SEIKETSU
e) SHITSUKE

Gambarajah berikut menerangkan maksud setiap satu perkataan tersebut



EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Apa itu EKSA?


EKSA adalah singkatan daripada “Ekosistem Kondusif Sektor Awam”. Ringkasnya ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuaan diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. Pada tahun 2010, MAMPU telah mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan memantapkan lagi suasasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S, penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini. 


Antara tujuan penjenaaan semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’. Faedah-faedah penjanamaan semula ini adalah seperti berikut :-
Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti; 
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi; 
Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran; 
Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’; 
Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan 
Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

Secara ringkasnya :-



ntara tujuan penjenaaan semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’. Faedah-faedah penjanamaan semula ini adalah seperti berikut :- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti; Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi; Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran; Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’; Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
KSA adalah singkatan daripada “Ekosistem Kondusif Sektor Awam”. Ringkasnya ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuaan diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. Pada tahun 2010, MAMPU telah mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan memantapkan lagi suasasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S, penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ