Assalamualaikum wbt

Assalamualaikum wbt

Thursday 16 April 2015

MAJLIS PELANCARAN EKSA 5S PEJABAT DAERAH KULIM

Assalamualaikum wbt
Pada 9hb APRIL 2015 lalu, telah diadakan majlis pelancaran EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim di ruang menunggu, Pejabat Daerah Kulim. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato' Hjh Sepiah bt Isa, Pegawai Daerah Kulim yang juga selaku penasihat kepada Jawatankuasa Induk EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh En Mohd. Faisal Rizal bin Hj Mohammad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA 5S Pejabat Daerah Kulim
Majlis berkenaan dimulakan dengan aluan daripada pengacara majlis, En Zulhissham Yaakob, Penghulu Mukim Junjong, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Azamuddin bin Ahmad, Penghulu Mukim Karangan. Acara kemuncak ialah, pemotongan riben oleh Yg. Berbahagia Dato' Hjh Sepiah bt Isa bersama dengan En. Mohd Faisal Rizal dan disaksikan oleh semua kakitangan Pejabat Daerah Kulim.
Serentak dengan itu juga, aktiviti gotong royong perdana 1 telah diadakan untuk menyisih barang-barang yang tidak diperlukan di ketiga-tiga zon EKSA 5S.













No comments: